Kabinet Lee Hsien Loong Kelima
Kabinet Lee Hsien Loong Kelima

Kabinet Lee Hsien Loong Kelima

Kabinet Singapura 2020 yang merupakan kabinet bagi Parlimen Singapura ke-14 telah mengangkat sumpah jawatan pada Isnin, 27 Julai 2020 selepas berakhirnya Pilihan raya umum Singapura 2020. Buat pertama kalinya dalam sejarah, upacara tersebut diadakan di dua lokasi berbeza - iaitu di Istana dan Bangunan Parlimen. Ini sebagai langkah berjaga-jaga di tengah-tengah pandemik COVID-19 yang sedang berlaku ketika itu[1].